Padu! King Coco dah Mengamuk! Haters siap kena fucking shit dengan Coco yang Viral pasal slang Mat Saleh Celup tu.
Ada yang kata, Coco mencarut lepas dia berkahwin dengan Captain Azrin Anas x-leader skim cepat kaya VGMC dan skim-skim cepat kaya yang lain. Dah tu pulak, Coco bermadu dengan isteri pertama Captain Azrin Anas, lagi la haters netizen viralkan isu ni.
Dah tu ramai pula yang create akaun fake guna nama Coco Viral ni, mana tak hangin minah ni.
Lepas viral kes dia upload video ala-ala menari tiang kat kelab malam, la nitak tau apa lagi yang akan viral dari Coco.
Lamo dah tak menulih, macam ni la ghoman eh. Berabuk bersawang terus bersawang.
Dok selangor ni, hari-hari macam biaso jo. Tapi lam tivi kalau bukak berito, tak habih habih dok cito politik. Dan jadi macam TV Selangor dah.
Macam-macam ragam dah pakatan rakyat ni. Kes MB ni dah macam tarik tali sapo kuek dio monang.
Geng UMNO tengok an yo lah. Yang poning kepalo sekarang Anwar Berahim. Cam no nak ngayat Sultan supayo panggil bini eh mengadap. Kok dapat pokonan, dapek la Wan Azizah jawatan mentori bosar.
Dan jadilah satu sejarah, mentori selalu buek pertamo kali eh, orang pompuan. Banggo kak jat ketuo wanita UMNO bila mano pompuan naik jadi mentori bosa. :)
Penuh dengan sarang labah-labah dah aku tengok blog ni. Berabuk. Tak terusik langsung. Bila ye last aku post topik kat blog ni?
Korang check je la tarikh kat bawah ni. Malas aku nak buka tab baru. Hahahaha.
Memandangkan blog ini tempat aku lepaskan tekanan dengan hal-hal semasa Malaysia ni, maka hari ni aku nak post sket pasal demo kat KL tengahari tadi.
Kebetulan memang aku ada turun KL pagi tadi, tapi bukan lah sebab nak pergi demo. Aku ada hal mustahak nak kena hantar dokumen. So nak tak nak kena la melintas kat KL tadi.
Balik ni tadi, aku on la Youtube, cari video pasal demo tadi... dan jumpa la video satu demo kat depan masjid Kampung Baru. Yang aku kenal, ada UMNO, ada TIBAI, ada Belia 4B, ada persatuan silat, ada PERKASA dan ada JATI pak Hasan Ali.
Di satu tempat lagi, di depan Menara Tabung Haji, kat sini demo dari Pemuda PAS, AMK dan NGO juga.
KJ kata, mereka terpaksa buat demo asing-asing sebab tak nak bertembung dengan geng parti pembangkang. Kot-kot ada yang elok nak demo pasal filem menghina nabi, ada pula yang menjerit ABU dan TIBAI pula.
Yang best kali ni, media semua highlight perhimpunan ini semua adalah perhimpunan aman. Dan polis tidak melakukan sebarang tangkapan dan kekasaran pun. :)
Kan ke bagus, buat je demo sekali, tak payah nak asing-asing.
Hermmm... selepas beberapa ahli parlimen kerajaan dan pembangkang mendesak Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan, kelmarin beliau dah pun buat pengumuman tersebut.
Hari ini pula, suami beliau didakwa di Mahkamah atas tuduhan pecah amanah berkaitan dengan perniagaan yang diurus keluarga beliau, Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).
Nak fikir apa lagi?
Kalau tengok dari link di internet ni, bukan parti pembangkang sahaja yang desak Menteri Wanita ni letak jawatan, ada juga beberapa ahli parlimen termasuk bekas ketua wanita UMNO pun desak Shahrizat letak jawatan.
Nurul Nadirah Abdullah kanak-kanak yang hilang pada 1 Mac lalu ditemui mati rentung dengan keadaan yang begitu teruk. Polis hari ini mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini adalah Nurul Nadirah Abdullah, 5, kanak-kanak yang hilang dari rumah sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat ke atas mayat rentung yang ditemui sebelum ini.
Menurut polis, mayat rentung tersebut ditemui pada 8 Mac lalu.
Apalah dok bingai sangat orang yang dok bakar budak kecik ni? Memang kau ada masalah mental yang agak teruk agaknya sampai budak kecik macam ni pun kau nak bakar sampai rentung.
Cuba anu kau tu je kena bakar, apa kau rasa?
Memang tak ada sikap perikemanusiaan. Apa yang kau dapat bunuh budak ni? Dapat cash ke? Janganlah kau fikir apa yang kau buat ni best sangat-sangat sebab azabnya nanti kau tanggung la bila kau masuk kubur dan dibangkitkan kat padang mashar nanti.
Aku ada anak kecik, bila jadi macam ni, memang aku pun hangin. Badigol soot!
Jangan nak fikir-fikir. Ada idea tulis jelah apa topik nak tulis.
Hari ni kat facebook aku kecoh lah sekejap dengan status kawan-kawan dok update pasal tangga gaji orang kerja gomen.
Ada yang seronok. Ada yang bunyi bunyi lagi walaupun pelarasan dah buat sampai 13%.
Adik aku yang kerja gomen agaknya seronok ke tak?
Yang best lagi, belum lagi sempat PM buat pengumuman, kat parking kereta dah bersepah dengan flyers offer loan, takaful, mutual fund, insurans dan segala macam flyers.
Haha. Bijak betul korang ambil kesempatan ye.
Ermm.. Aku yang kerja sendiri ni macam mana? Macam tulah. Ramai lagi orang yang kerja sendiri macam aku ni kerjanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.