Create Virtual Card Credit

Dari petang tadi kepala aku berdenyut-denyut. Dah telah ubat 650 satu setengah biji, nampak belum ada reda. Tak apa, aku cuba juga tulis topik baru hari ni.

So, kawan-kawan, hari ni aku nak share sket pasal macam mana nak create virtual credit card. Aku tau topik ni dah pun dibincangkan dalam forum atau ebook. Tapi aku sentuh topik ni sekali lagi sebagai tatapan korang yang mungkin terlepas pandang info ni.

Ok, Virtual Credit Card (VCC) dah lama orang tahu. Dulu orang guna VCC untuk beli coupan diskaun kad, subscribe adult finder, beli themes, Google Adwords, YSM dan macam-macam lagi. Sekarang, ramai juga yang guna secara berleluasa untuk create akaun eBay, Paypal, advertise kat Facebook. Pernah juga yang guna VCC untuk access trial kat Terapeak sampai kena "BAN" kredit kad.

So, semua ni kerja tangan-tangan manusia. Ada yang guna cara baik, ada yang guna untuk manipulasi dan ada juga yang gemar ikut kaedah-kaedah "dunia hitam".

Dulu aku pernah ada akaun VCC di EntroPay.com. Sampai sekarang aku ada akaun EntroPay ni. Dengan guna VCC ni, korang tak perlu risau jika maklumat VCC kau terdedah kat orang lain. Biasanya, kalau guna biasa, org akan topup duit dalam akaun ni seminima yang mungkin. Kalau boleh, nak cukup-cukup je bayar apa yang nak dibayar.

Kalau ada orang tanya aku pasal samada VCC dari EntroPay boleh guna untuk daftar eBay atau Paypal, aku tak dapat bagi jawapan yang kukuh. Dari pengalaman aku yang terakhir, last sekali aku guna VCC pertengahan hujung tahun 2010. Masa aku try register akaun Paypal dan eBay baru, confirm kena suspend.

Aku tak tau situasi sekarang samada ia masih boleh atau tidak. Korang try la cari info kat internet. Lihat pada jawapan majoriti. Kalau boleh cari info yang latest tarikh. Tak mahu tarikh tahun 2006, 2007, 2008, 2009 atau 2010. Nak lagi bagus, kau try in error tengok still effect ke tidak. Itu jawapan paling sesuai aku rasa.

Ada juga aku baca kat beberapa blog yang katakan VCC langsung tak boleh guna kat eBay. Jawapan aku, VCC bukan langsung tak boleh guna. Yang tak praktikal untuk digunakan sekarang ni VCC dari EntroPay. VCC lain rasa aku ada yang ok.

Untuk info terkini pasal servis VCC ini, korang boleh cari nama Johan Edison kat facebook. Dia dari Indonesia. Rasanya dia ada sediakan servis VCC yang boleh digunapakai untuk verify akaun Paypal dan eBay. Jadi lepas ni jgn pula ada yang konfius kata VCC langsung dah tak praktikal.

Bab selain dari eBay, VCC dari entropay boleh pakai dan tak ada masalah. Baru-baru ni aku try guna untuk buat iklan kat Facebook. Semuanya ok.

Kalau kau nak mintak aku cerita detail macam mana nak daftar VCC EntroPay ni, better ko baca info lengkap kat www.entropay.com

Tapi kalau ko nak aku letak screen shot, aku just boleh tempelkan ss yang aku copy dari forum WangCyber.com. Thread tu kepunyaan saudara Inspiration. Kredit buat dia sebab hasilkan panduan ni kat forum popular ni.

1. Kau kena daftar kat www.entropay.com. Pastikan kau ada kad debit atau kad kredit terlebih dulu. Caj daftar lebih kurang USD20 (RM60) bergantung kepada currency semasa.



2. Lepas kau berjaya create akaun, kau akan perasan satu maklumat VCC kau disebelah kiri. Kat situ dia tulis nama Virtual Entropay Card. Kalau kau klik pada maklumat tu, kau akan nampak maklumat penting seperti dalam kredit kad atau debit kad sebenar. Ada 16 digit number. Expiry date dan 3 digit cvv number.



Disebelah bucu kanan, itulah maklumat kredit kad atau debit kad korang. Korang boleh add kad baru untuk ganti kad lama, jika mahu. Kalau korang nak buat VCC baru, klik la kat link EntroPay Card atau create card. Arahan macam kat bawah ni. Kau klik kat link create a new Entropay Virtual Card. Untuk 1st time VCC, minima amount korang kena topup ialah USD20.00. Kemudian baru la korang boleh create VCC lain dengan topup minima USD1.00. Untuk penama kad tu, kau tibai nama apa pun boleh. Nak letak nama ikut dalam IC kau pun boleh. Kau letak nama JOZAN ke, nama JAMBU ke, APA PUN TAK BOLEH. APA PUN TAK BOLEH!



Katakan kau settle create akaun ni, so korang boleh la guna utk buat apa-apa transaksi kat internet. Pastikan transaksi yang kau nak buat tu, cukup syarat. Janganlah nak beli barang harga USD100, tapi dalam kad kau topup USD1.00 je. Sampai kiamat pun belum tentu boleh beb! Sama juga la, kunun nak subscribe web, kalau laman web tu letak syarat USD7.00 jgn la guna kad yang ada USD6.99. Confirm kena reject. Faham tak penerangan aku ni? Kalau tak paham, pergi makan nasik dulu. Huh!



Kepada yang agak-agak BARU BERPENGALAMAN dalam apa-apa trik blackhat, korang kena tau, apa yang korang buat biasanya itu tak akan bertahan lama. Bila bercakap pasal blackhat, tidak ada apa-apa teknik yang menjanjikan ia bertahan dalam tempoh yang cukup lama. Jadi, jika korang dapati teknik tu masih lagi valid, korang boleh la praktis (atas risiko masing-masing). Siapa cepat dia dapat. Tidak ada perjanjian bertulis yang mewajibkan korang menggunakan apa-apa teknik yang menyimpang dari panduan yang sebenar. Kepada penggemar teknik-teknik ini, bila berlaku apa-apa jangan disalahkan perkongsian seseorang tu. Mungkin orang yang tengah share info tu, teknik sudah tidak lagi sesuai. Macam MLM la, dah lama sket, mula la plan tu tepu! Hahaha.

Anda mungkin berminat

virtual card credit

Fikir Saja