Bersawang-sawang dah blog hakuu

Penuh dengan sarang labah-labah dah aku tengok blog ni. Berabuk. Tak terusik langsung. Bila ye last aku post topik kat blog ni?

Korang check je la tarikh kat bawah ni. Malas aku nak buka tab baru. Hahahaha.

Memandangkan blog ini tempat aku lepaskan tekanan dengan hal-hal semasa Malaysia ni, maka hari ni aku nak post sket pasal demo kat KL tengahari tadi.

Kebetulan memang aku ada turun KL pagi tadi, tapi bukan lah sebab nak pergi demo. Aku ada hal mustahak nak kena hantar dokumen. So nak tak nak kena la melintas kat KL tadi.

Balik ni tadi, aku on la Youtube, cari video pasal demo tadi... dan jumpa la video satu demo kat depan masjid Kampung Baru. Yang aku kenal, ada UMNO, ada TIBAI, ada Belia 4B, ada persatuan silat, ada PERKASA dan ada JATI pak Hasan Ali.




Di satu tempat lagi, di depan Menara Tabung Haji, kat sini demo dari Pemuda PAS, AMK dan NGO juga.



KJ kata, mereka terpaksa buat demo asing-asing sebab tak nak bertembung dengan geng parti pembangkang. Kot-kot ada yang elok nak demo pasal filem menghina nabi, ada pula yang menjerit ABU dan TIBAI pula.

Yang best kali ni, media semua highlight perhimpunan ini semua adalah perhimpunan aman. Dan polis tidak melakukan sebarang tangkapan dan kekasaran pun. :)

Kan ke bagus, buat je demo sekali, tak payah nak asing-asing.

Anda mungkin berminat

umno

Fikir Saja