Jangan Sampai Korang dikantoikan Oleh Spy Camera

Memang aku ada pengalaman jual alat-alat spy camera kat eBay ni. Boleh dikatakan ada juga demand walaupun terpaksa bersaing dengan pesaing-pesaing lain.

Kalau korang tengok link ni: http://shop.ebay.com/i.html?_from=R40&_trksid=p5197.m570.l1313&_nkw=spy+cam&_sacat=See-All-Categories, memang banyak alat-alat spy yang boleh korang beli pada harga berpatutan.

Ada yang dalam bentuk remote kereta, pen, jam tangan, pin, butang baju, logo, jam dinding, bunga hiasan, wireless receiver, USB drive, penyangkut baju, mp3 player, jam loceng dan sebagainya.

Produk ni mudah diperolehi dari laman web dropship www.chinavasion.com. Jika kau kali pertama order kat web ni, harganya akan sedikit tinggi, jadi kalau nak lawan harga pesaing kat web eBay tu mungkin agak mencabar jugalah.

Kalau korang pasang strategi, tak perlu takut dengan harga pesaing ni. Aku pernah dapat pelanggan dari luar negara dan pelanggan ni merupakan seorang pegawai tertinggi dalam pasukan tentera.

Hari ni, korang patut risau sebab produk macam ni makin melambak dalam pasaran. Kat Malaysia pun rasanya dah semakin bersepah alat-alat ni. Orang boleh beli dan guna untuk pelbagai tujuan samada baik atau buruk.

Kalau buruk, jadi lah macam kisah ahli politik tanahair ni. Mengantoikan orang atau diri sendiri akan dikantoikan.



Sebelum jadi kes macam ni, eloklah korang beli alat peranti anti-spy cam siap-siap. Manalah tau ada org nak pedajal dan nak malukan kau.

Anda mungkin berminat

spy camera

Fikir Saja