Ada Apa Dengan Perhimpunan Bersih 2.0

Aku nak cerita sket pasal isu semasa dalam Malaysia ni. Aku ni memang jenis suka ambil tahu pasal berita semasa ni. Kalau laman web berita paling kerap aku jengah untuk ambil tahu ialah Mstar Online dan Harakah Daily.

Bila aku baca satu-satu topik hangat, biasanya aku akan cuba tulis post tu kat blog-blog aku. Aku ada beberapa blog khusus untuk tarik traffik dan jana pasif income guna blog. Tapi dalam post ni, aku tak nak dedahkan blog-blog aku tu. Kalau korang terjumpa itu nasib lah.

Ok, aku nak cerita sket pasal Perhimpunan Bersih versi 2.0 ni. Aku rasa perhimpuan yang pertama dulu memang agak menggempakkan. Ramai yang turun buat demo kat jalanraya. Walaupun ketika tu, Khairy Jamaludin, cabar pihak yang bakal berdemo, akhirnya, diorg tetap turun tanpa gentar dengan ugutan KJ ni.

Biarpun aku ni bukan la kaki yang suka berpolitik dalam dewan, dalam mesyuarat, berdemo kat jalanan, tapi aku respek juga la kaki-kaki politik ni. Ramai antara mereka ni tak makan saman. Hahaha.

Beberapa hari ini, aku tengok juga berita kat tv, orang-orang kuat politik dalam parti kerajaan semua menghentam agenda perhimpunan bersih versi 2.0 ni. Kata diorg, ramai pemandu teksi, penjaja, peniaga akan terjejas perniagaan diorg jika kumpulan ni turun beramai-ramai dan berdemo dijalanraya. Malah setakat hari ni lebih dari 400 laporan polis dah diorg buat khusus menentang program ini diadakan.

Bagi aku, kenapa polis tidak boleh bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan ini sedangkan, jika kerajaan buat perhimpunan seperti 1 juta belia di Putrajaya, 100,000 mat rempit berarak di Dataran Merdeka dan sebagainya. Ini boleh dapat kerjasama dari pihak polis sebab pihak kerajaan yang anjurkan.




Jika NGO atau parti pembangkang, memang susah dapat permit macam ni. Katakanlah, perarakan ini, mampu menarik perhatian seramai 300,000 org berhimpun, setiap seorang membawa wang RM1.00 dan disebabkan cuaca panas dan tekak yang dahaga, mereka membayar duit ini untuk dapatkan sebungkus air. Berapakah jumlah pendapatan seorang peniaga, jika mereka mampu menjual 1000 bungkus air dalam masa beberapa jam?

Aku tau, memang kalau bab yang menentang dasar kerajaan, memang polis dan kerajaan tidak akan beri kerjasama pada mana-mana pihak. Dalam TV pun dah kontrol isi berita, dalam surat khabar perdana lagi la pula. Jadi, nak tak nak, kerajaan tak mahu suara pembangkang berleluasa.

Ada seorang kawan aku ni, memang org kuat politik parti pembangkang. Dalam demonstrasi Bersih yang pertama, gambar dia pun beberapa kali terpampang dalam paper dan kat internet. Negara kita ni demokrasi. Disebabkan saluran pembangkang terhad, diorg cubalah berjalan kat atas jalanraya untuk tarik perhatian dunia. kot-kot Barack Obama tengok video Bersih ni kat Youtube, mana tahukan? Huhuhu.

Apa pun, ada banyak pro dan kontra bila berarak kat jalan raya ni.

1. Kalau polis kawal elok perarakan ni, pasti akan berjalan dengan lancar.
2. Peniaga, pemandu teksi mesti untung dalam bisnes macam hujan panas turun di tengahari.
3. Masjid penuh dengan jemaah solat fardhu sebab kebanyakan yang turun ni kaki sembahyang.
4. Kalau ada yang histeria masa berarak tu, suruh je pihak keselamatan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah datang tolong tenangkan. Kasi diorg injection penenang. Tak perlu belasah dengan air gatal-gatal tu.
5. Rasanya tak akan ada provokasi dari peserta melainkan dalam ramai-ramai yang berarak tu, memang telah diupah atau ditugaskan untuk lakukan provokasi. siapa tukang provok? Korang fikir sendiri.
6. Memang perhimpunan ni agenda sebenar parti politik, tak ada sangat agenda dari NGO. PAS dan DAP pun dah keluarkan kenyataan untuk hantar gunatenaga dalam perhimpunan ni nanti.
7. Pihak kerajaan tak ada cara lain selain guna polis untuk surai dan batalkan perhimpunan ni. Kalau diorg gunatenaga parti politik kerajaan, agak-agak jadi apa? Gaduh tengah jalan?
8. Kita tengok kat Selangor, Pulau Pinang, Kelantan sekarang. Kalau diorg berarak, berhimpun, berpiket, apa kata pihak kerajaan persekutuan? Ada bunyi membangkang? Lagi kutuk kerajaan negeri adalah. Hehehe. So sama lah nanti, bila kerajaan sekarang jadi pembangkang. Semua benda ni akan pusing-pusing balik. Itulah politik.

Siapa yang kuat sahaja akan menang. Aku tak pro kat mana-mana parti politik. Bagi aku, kalau mana-mana pihak itu betul, aku sokong. Aku sebagai org islam sudah tentu aku nak lihat ajaran Islam terus tertegak di Malaysia. Aku juga perlukan pembangunan. Pembangunan itu melambangkan kejayaan. Tiada siapa pun yang mahu hidup dalam negara mundur. Jadi, apa yang kau nikmati sekarang, patut korang syukur. Janganlah jadi dimasa lalu tengah Putrajaya nak dibina, korang kutuk-kutuk, tapi bila dah siap dan terbina indah, korang rancang nak rampas Putrajaya. Kalau dapat pegang Malaysia nanti, buatlah pusat pentadbiran negara kat Batang Berjuntai ke, kat Olak Lempit ke, kat Johol ke. Hehehe. Politik itu biar berpada-pada.

Selamat "beraksi" dalam perhimpunan Bersih 2.0 nanti. Kalau tak kena kacau la. Hahaha.

Anda mungkin berminat

perhimpunan bersih.

Fikir Saja