Cerita Sket Pasal GuangZhou

Eh, boleh pulak masuk blogger.com dari China?

Sapa kata tak boleh? Boleh der. Macam ni.. aku cerita sket pasal problem kat China ni. Kalau korang nak tau, kerajaan China memang tak bagi rakyat diorg ni berhubung sangat dengan dunia luar. Jadi, diorg block la apa-apa yang diorg rasa boleh menggugat negara diorg. Aku pun tak tau sebab apa sangat, tapi kalau korang ada kat sini, memang susah sangat-sangat nak masuk web facebook.com, blogger.com.

Dulu aku pernah datang sini, aku ada kenal seorang student Malaysia dan dia ada share dengan aku pasal satu software yang boleh tolong kita login ke facebook dapat duit. Nama software, korang boleh pi kat pakcik Google taip "Download Free Gate 10". Nanti korang akan jumpa link-link download software ni.

Macam mana nak guna software ni?

1. Download freegate 10 (aku cadang, sebelum korang pie China, install software ni siap-siap kat Malaysia)
2. Install software kat dalam komputer korang. Setakat ni, hanya boleh install kat komputer je. Kalau korang pakai iphone, blackberry, aku tak sure la. Aku dah try download kat Samsung Galaxy Tab aku, memang tak boleh nak install.
3. Lepas kau install, kau run software tu. Dia akan automatik setkan ip proxy untuk korang.
4. Kemudian buka browser Internet Explorer. Setakat ni, guna Firefox atau Google Chrome, yang ni kena set manual ip proxy. Cara mudah, buka je Internet Explorer.
5. Nanti akan keluar satu laman web search enjin, ha dalam search enjin ni nanti masukkan keyword facebook atau terus je ke www.facebook.com.
6. Settle, korang dah boleh berfacebook atau masuk mana-mana laman web yang kena ban.

Aku tak pernah try run software ni kat Malaysia. Aku tak sure, samada ia boleh pakai kat Malaysia atau tak. Korang try la dulu. Kalau boleh, kasi tau aku. Kot-kot boleh guna kat eBay ;) siapa tahu? hahaha.

Ok la, aku nak rest dulu. Pasal gambar-gambar kat sini, tunggu aku balik Malaysia, nanti aku upload. Selamat malam!

Anda mungkin berminat

software

Fikir Saja