Hari Ahad Biasa Aku Buat Apa?

Aku baru je lepas kemas rumah. Mengelap habuk-habuk yang melekat kat tv, kat tingkap, kat tangga, kat kabinet. Memang aku rasa rumah aku ni macam berabuk sket. Mungkin faktor jerebu kat luar ni atau pun habuk yang datang dari rumah jiran belakang rumah. Rumah dia tengah buat renovation. Rumah dah besar nak bagi besar lagi. Dahsyat!

Biasa hari minggu kalau aku tak ada aktiviti perniagaan (pc ebay, seminar, kursus, ceramah, workshop, dropship), kalau aku tak bawa anak-anak dan isteri aku keluar jalan-jalan, aku suka duduk kat rumah je. Bukan ke aku memang selalu duduk rumah? Eh?

Dah terbiasa la beb. Nak buat macam mana. haha. Kalau hari isnin sampai jumaat, biasanya aktiviti aku pun penuh juga. Cuma masa kerja je tak macam orang lain. Aku tak ada ikut time kerja masuk pukul 8 pagi, punch card pukul 5.00 petang. Rasa aku nak buat kerja 1 jam kemudian aku nak rehat 14 jam, ikut suka hati aku je. Aku bebas nak buat kerja samada pagi, petang atau malam.

Bila dah kerja sendiri ni, cabaran dia lain sket dari org kerja makan gaji. Aku kena la kreatif. Maklumlah kerja sendiri. Jadi, sebagai persediaan, aku kena buat banyak paip air untuk aku salurkan kat dalam sinki air. Kalau aku harapkan satu sumber je, memang masak juga.

Contoh macam berniaga kat eBay ni, kau bukan tak tau, berniaga kat eBay bukan tiap-tiap bulan kau rasa untung je. Kau kena juga faham risiko, kalau kau leka, bisnes eBay kau boleh terganggu juga. Bisnes kat eBay ni ada untung rugi. Itu tak termasuk lagi dengan risiko berdepan, akaun kena limit, kena suspend dan sebagainya. Kalau kau jual baju kurung dan boleh buat sales tiap-tiap bulan, it ok la. Tapi kalau kau berniaga Ray Ban, Oakley, jersey Manchester United, Polo Ralph Lauren, Mont Blanc, Ed Hardy, Hello Kitty, Monster Energy, P90X, Microsoft Office, Disney, Phiten, kau siapkan payung sebelum hujan je lah.

Faham-faham lah kan?

Jadi, kalau kau bukan eBayer tegar, jangan cari pasal nak buat eBay ni full time. Buat jer la kerja ni part time. Makan gaji + ebayer. Tapi kalau nak berhenti juga, cari la apa-apa model bisnes eBay + niaga jagung rebus + niaga air jambu + berlakon.

Ataupun buat bisnes eBay + Mudah.my + facebook shop + e-commerce.

Eh, aku nak cerita pasal aktiviti aku hari ahad. Apa lak cerita pasal bisnes lagi ni. Ni ha, tadi lepas aku mengemas rumah, baru aku rasa macam hirup udara segar. Rasa bersih dalam rumah aku ni. Ha itu je la aku nak tulis pun. Ok. Sekarang aku dah tulis. Kau baca je la. hahahaha.

Anda mungkin berminat

hari ahad

Fikir Saja