Elakkan Perkara Ini Jika Buat Pemasaran Emel

Fuh. Dekat 2 jam aku try buat booking tiket kat AirAsia. Asyik keluar error je. Pukul 8 malam baru la boleh buat payment. Nasib baik sempat lagi beli tiket time promosi, merasa gak aku harga tiket 10 sen pergi Singapore.

Abaikan cerita pasal AirAsia ni, jom baca apa aku nak share dengan korang kali ni. Ok, kali ni aku nak ceriter sket pasal pemasaran emel (email marketing).

Bulan ni aku banyak dapat invitation dari Internet Marketer Malaysia untuk promosi produk terbaru diorg. Antara produk yang paling dekat nak dilancarkan, korang boleh klik kat banner header atas ni.

Kalau nak cerita pasal teknik pemasaran emel ni, rasanya banyak dah otai atau org yang pakar dalam pemasaran emel buat sharing dengan korang. Cuba korang cari kat facebook dan forum, mesti jumpa tip-tip berkaitan pemasaran emel ini.

Tapi, kalau kau seorang follower blog dan facebook aku, mesti jarang-jarang kau baca tips dari aku berkaitan pemasaran emel ini. Memang aku nak ambil kesempatan dalam blog kali ni, aku nak share juga sedikit sebanyak pasal pemasaran emel.

Aku tau, selama ni mesti kau cop muka aku ni, muka eBay je. "Noorizam tu buat eBay jer" "Siapa sifu yang boleh aku rujuk kalau nak belajar eBay?" "Kau cari je Noorizam"

Bila org datang PC eBay aku, bila aku tanya mana diorg tahu, ada la yang kasi jawapan, "kawan saya si anu tu yang syorkan saya jumpa En. Noorizam" "Saya cari info kat Google dan terjumpa blog Noorizam" "Ni bapak saya suruh saya ambil cuti dan bayar saya ke PC bro ni"

Macam-macam. Ok, kalau korang nak tau, sebenarnya, selain aku buat eBay, aku ada juga pengalaman dalam bidang pemasaran emel. Aku ada mailing list aku sendiri. Senarai list aku tak la banyak. Ada la dekat 7000++ list je. Aku anggap mailing list ni macam aset berharga jugak lah. List ni yang membantu aku dapat side income kat internet ni.

Kalau korang ada ikut program pelancaran produk Internet Marketer Malaysia ni, boleh dikatakan aku akan masuk dalam cabaran affiliate yang diorg anjurkan. Tapi, aku memilih juga. Tak lah semua program affiliate aku buat. Aku tengok je, samada produk tu sesuai tak dengan niche market aku, prospek aku dan tengok juga situasi ketika tu.

Aku juga dah merasa banyak kali duduk dalam top 10 cabaran affiliate tempatan ni. Ada juga beberapa kali masuk senarai top 10 dalam program affiliate antarabangsa. Identiti user id yang biasa aku guna pula tak tetap pada satu. Kadang-kadang aku guna id offer, offers, tawaran, noorizam, myoffer, diskaun, coupon dan macam-macam. Ikut strategi aku juga dan tengok pada kesesuaian produk yang ingin aku promotekan.

Dalam post ni, aku nak share sket pasal beberapa etika yang salah dan tak patut jika kau seorang pemasar produk melalui kaedah pemasaran emel.

Kalau kau ada mailing list, jangan guna terlampau banyak emel penghantar. Contoh

1. Kejap kau hantar emel guna perniagaaninternet@gmail.com
2. Kejap kau hantar emel guna perniagaanabu@gmail.com
3. Kejap kau hantar emel guna iniemelabu@gmail.com

Kau guna emel-emel ni untuk hantar ke mailing list yang sama. Ini memang patut kau elakkan. Kalau subscriber emel kau dah kenal identiti emel kau tu, pastikan kau cuba konsisten dengan emel yang satu tu. Tak ada lah nanti subscriber kau pening dengan kau. Mana satu emel kau ni. Last-last diorg unsubscribe kau punya emel. Kat situ kau dah rugi prospek berpotensi.

Sebaiknya, kalau kau nak promosi sesuatu produk yang mungkin berlainan niche, better kau asingkan dan buat partition dengan membezakan sesuatu mailing list tu dengan niche yang relevan. Guna emel juga mesti relevan.


Satu lagi, kalau kau pernah terima apaa-apa emel, mesti ada yang kau tak tahu siapa penghantarnya. Emel yang datang tu pula kau tak tau identiti. Nama yang tak dikenali lansung. Bila jadi macam ni, agak susah untuk kau buat jualan guna teknik pemasaran emel. Kau kena letak satu identiti yang konsisten. Jika nama kau Noorizam Shah, cuba kau brandingkan nama tu sampai orang kenal siapa kau. Tak pun, kalau tak nak guna nama, sebab nama kau banyak orang pakai, kau try branding nama company kau. Contoh nama Flarebiz Network. Setiap kali kau hantar emel, setiap dihujung mesej, tinggalkan nama / company atau sebarang maklumat yang menggambarkan identiti kau. Secara tak lansung ia akan bina respek buat si penghantar emel tu.

Satu lagi kau boleh tengok, ada penghantar emel ni, suka guna bahasa straight to point. Lebih banyak bahasa promosi, langsung tak ada pun mesej yang berbentuk personal seperti tanya khabar, apa yang berlaku ketika tu. Cuba hantar mesej dalam bentuk penceritaan yang lebih dekat dengan pembaca. Setidak-tidaknya, subscriber korang terasa, kau memang menghargai dan ambil berat dengan diorg. Dah la diorg subscribe mailing list korang, pastu korang push-push dan push suruh beli produk. Mana tak hangin kawan tu! Huh!

Tips yang last ni aku nak share, kadang-kadang kalau kita hantar emel kat subscriber, kita jarang semak ejaan. Aku sendiri pun sama juga. Disebabkan menaip laju macam lipas kudung, sampai tak boleh nampak tang mana silap eja, kat mana yang typo. Kalau benda ni selalu terjadi kat kau, ia akan nampak kandungan emel yang korang hantar tak nampak professional. Orang akan kata, "Kata IM, hantar mesej pun banyak yang salah eja. Aduyai". Aku sendiri takut bab ni. Ye lah, memang lah sedap je menaip mesej. Kat kepala otak ni ligat je idea nak tulis apa. Sekali mesej yang dihantar, tah apa-apa. Hhuhu. Jaga-jaga beb! Jangan sampai kena gelak dengan orang! hahaha.

Ok, ni serius sket. Kalau kau nak belajar pemasaran emel, kau boleh belajar dari orang yang ada pengalaman macam Gobala Krishnan (income terkumpul dia guna kaedah pemasaran emel je dah lebih RM2juta). Gobala ni kalau kau tanya otai-otai lama IM Malaysia dan luar negara, diorg cukup kenal. Mungkin dia low profile kat market tempatan. Tapi kalau tanya kawan-kawan yang kenal dia, memang dia proof buat duit dengan internet terutama dalam pemasaran emel. 30hb ni dia akan lancarkan rahsia emel. Kalau siapa yang dah klik kat banner atas header blog ni, mesti dapat baca sket info pasal pelancaran ni. Yang mana dah masukkan nama dan emel, tunggu je la announce dari Gobala macam mana nak dapatkan rahsia dengan gaya/cara/teknik Gobala Krishnan.

Anda mungkin berminat

rahsia emel

Fikir Saja