Berapa Banyak Alasan Yang Kita Boleh Beri?

Tanya diri kita sendiri. Berapa banyak alasan yang kita boleh bagi kat orang lain semata-mata untuk menangguhkan sesuatu pekerjaan?

Hari ini kita berkata, nantilah dulu. Biarlah dulu. Tak apa lah. Lambat lagi.

Kemudian hari mungkin kita berkata, kalaulah dulu. Menyesal tak pergi. Kenapalah. Semua alasan akan tinggal sebagai alasan.

Contoh kisah yang berlaku yang aku terima dari emel yang org hantar.

Ramai juga yang hantar emel kat aku bila nak buat seminar kat negeri diorg. Bukan aku tak pernah buat. Aku pernah buat seminar eBay di utara, selatan dan pantai timur. Bila aku bagi komitmen dan sanggup datang ke tempat tu, ada diorg pula yang tak boleh nak bagi komitmen. Memang perkara-perkara macam ni kadang-kadang tak boleh nak dielakkan. Lagi-lagi bila ada hal-hal kecemasan.

Aku pernah tanya juga la pada seorang kawan aku yang berjaya dalam bidang yang dia ceburi ni. Dia kata, kalau kita dah tanam tekad dan matlamat untuk kecapi kejayaan, jangan la kita letak macam-macam alasan untuk gagalkan apa yang kita telah rancang.

Kata dia lagi, kalau kita asyik beralasan je, sampai sudah benda yang kita nak tu, tak akan dapat sampai bila-bila. Lagi-lagi perkara yang memang kita minat.

bila aku fikir-fikir balik, patutlah kawan aku ni sanggup berhabis duit attend majlis, seminar ilmu semata-mata untuk tambahkan ilmu didada. Kalau ada orang kata harga seminar RM50.00 tu mahal, tapi ada juga orang sanggup bayar harga RM9,999.00 untuk attend satu seminar yang mungkin lebih mahal dari seminar RM50.00 tu.

Aku pun pernah juga bayar harga seminar hampir mencecah ribuan ringgit walaupun pengisiannya bagi aku boleh kita dapat dalam seminar-seminar biasa, tapi korang kena tahu setiap seminar tu ada perbezaannya. Contoh, aku nampak seminar yang harga beribu ringgit lebih ramai penyertaan berbanding seminar harga murah ni.

Yang datang ke seminar mahal ni pula, kebanyakkan mereka yang berjaya dan memiliki perniagaan yang kukuh. Sebab tu setakat nak bayar yuran harga cecah ribuan ringgit tiada masalah. Kat sinilah network yang bagus untuk korang kenal.

Kenapa? Bila kau duduk dalam lingkungan mereka yang berjaya dan sering bergaul dengan mereka yang berfikiran positif dan mahu berjaya, secara tidak langsung kita juga akan berfikiran sama seperti mereka. Ini yang akan melonjak dan membantu kita untuk mengukir kejayaan.

Lepas ni kalau ada yang tanya aku, bila lagi nak buat seminar kat Kelantan, agak-agak nak jawab apa yea? hehehe

p.s: Esok, 27hb Jun 2011 adalah hari terakhir untuk dapatkan harga promosi RM100.00. Lepas tu, harga dinaikkan kepada harga asal RM450.00! Daftar sekarang di http://noorizamshah.com/#seminar

P.p.s: Seminar kali ini akan disertai mereka yang berpengalaman menjana pendapatan di eBay. Antara mereka, dua usahawan eBay pantai timur (Son Karin dan Alif Zulhilmi) berserta usahawan eBay dari Indonesia (Johan Edison)

Anda mungkin berminat

seminar ebay di kelantan

Fikir Saja