Semalam Tak Dan Nak Post Topik

Semalam memang tak sempat nak tulis apa-apa post. Sekarang ni pun aku kat Old Town White Coffee, Seri Manjung. Sambil cuba siapkan modul kursus perniagaan internet, aku cuba redakan perasaan rindu korang kat aku. Rindu ke? huh?

Oklah, hari ni aku nak share sket pasal topik perniagaan internet. Kali ni aku cuba bermain-main dengan keyword perniagaan internet. Jadi, kejap lagi kau akan baca dalam perenggan ni mesti ada perkataan perniagaan internet.

Aku nak try dan buktikan, boleh ke tidak sebuah blog percuma macam blogspot ni, boleh berada kat ranking utama carian di Google menggunakan keyword perniagaan internet.

Kalau kau cuba cari keyword ni kat Google, kau akan jumpa antara laman web yang berjaya duduk kat top ranking carian ialah:

1. hasbulaqill.com
2. maynetwork.net
3. rahsiainternet.com
4. modelbisnesinternet.com
5. smartusaha.com

Kira powerlah web diorg ni. Tapi aku tak kira, aku cabar juga kot-kot blog percuma ni boleh menyelit dalam top ranking. Duduk dalam nombor 10 pun tak apa. Asalkan top ten. Hahaha.

Ok, dok bercerita pasal perniagaan internet ni, ramai orang kita memang minat nak jalankan bisnes sendiri. Ada yang nak berniaga jual roti canai online, jual foot detox online, jual kain batik online, jual ubat kuat online. Dah macam-macam yang cuba dionlinekan. Sampai skim cepat kaya pun banyak yang dionlinekan. Fuh.. Dahsyat!

Kalau korang tengok statistik dari World Internet Usage Statistics News, korang akan mendapati seramai 2,095,006,005 pengguna internet dicatatkan pada 31hb Mac 2011. Giler babas ramai dah org yang guna internet hari ni. Pasal tu lah siapa-siapa yang tak nak join bisnes internet, dianggap ketinggalan zaman dan terlepas peluang besar-besaran.

Sebab tu lah, ramai yang beriya-iya tawarkan macam-macam peluang perniagaan kat internet ni. Dan siap sedialah untuk ditipu jika kau tak punya banyak ilmu pasal bisnes internet ni. Jadi, untuk korang yang pertama kali terjah blog ni, aku syorkan korang baca betul-betul dan cuba cari maklumat hakikat sebenar perniagaan internet kat pakcik google.

Cuba penuhkan ilmu didada. Jangan mudah terpengaruh kalau ada org tayang duit, kibas duit kat depan komputer korang. Aku pun kadang-kadang suka juga kibas duit ni. Sebab duit baru ni biasanya harum baunya. haha.

Sebelum korang tersesat jalan, dapatlah kiranya korang buat keputusan dengan betul dan tidak lah buat apa-apa keputusan/tindakan tu atas desakan org lain atau desakan hidup yang korang alami sekarang ni. Pilih model perniagaan yang sesuai. Dulukan apa yang korang minat dan apa yang korang suka. Jangan asal ada duit, semua korang nak sebat. Silap hari bulan korang yang kena lipat.

Ok, dah pukul 4.45 petang. Aku nak offline kejap. Esok, aku nak bersiap-siap pasal pukul 3.00 pagi, 8hb, aku kena ada kat airport. Flight ke China pukul 5.30 pagi. Doakan keselamatan dan kesejateraan aku. Semoga aku selamat pergi dan selamat pulang.

Balik, nanti aku post topik lain berkaitan perniagaan internet. Orait. Jumpa lagi..

Anda mungkin berminat

perniagaan internet

Fikir Saja