Ni Dah Start Dah

Fuh. Dah bulan Jun dah yea. Aku duduk depan komputer ni bukan nak tulis blog je. Ada kerja yang aku nak buat juga. Sabtu ni, aku akan adakan seminar eBay kat De Palma Hotel Shah Alam. So kena siapkan modul. Print dan photostat bahan mengajar. Jadi, tak sabar rasanya aku nak beraksi dalam seminar ni nanti. :D

Hari ahad, keesokannya, aku kat De Palma Hotel lagi. Yang ni aku buat group coaching. Dapat request dari dua org peserta yang nak attend sesi coaching (Mastermind) eBay. Insya-Allah sesi 3 jam ni aku akan share panduan-panduan penting buat diaorg.

Petang ahad, aku cabut gerak ke Perak. Hantar wife dan anak-anak aku balik kampung sebabnya 8hb sampai 12hb aku akan berada di China. Balik dari China aku gerak balik ke Perak, ambil wife dan anak-anak aku sebab 14hb aku nak bawa anak lelaki aku pergi check up kat hospital. Kemudian petangnya aku nak gerak ke PWTC, nak attend program KLIGP 2011.

Jumaat 17hb sampai ahad 19hb Jun, aku akan ke Jasin Melaka. Aku akan jadi trainer untuk kursus jangka pendek di sebuah kolej kat sana. Tarikh-tarikh lain, aku akan sibuk dengan PC eBay.

25hb, kalau tak ada aral melintang, aku akan sampaikan talk kat sebuah Universiti berkenaan topik menjual produk fizikal. So, doakan apa yang aku buat ni, dipermudahkan segala urusannya oleh Allah.

Kepada kawan-kawan yang sambut birthday bulan ni, selamat hari jadi dari aku untuk korang!

Den nak buek kojo sat.

Anda mungkin berminat

seminar

Fikir Saja