Berapa Lama Nak Ambil Masa Semak Duit

Kalau korang tengok orang yang berjaya dari sudut kewangan, diaorg ni biasanya akan ambil masa yang lama untuk pantau dan tinjau macam mana keadaan kewangan diaorang.

Walaupun masa tengok semak tu, diaorg tengok belum lagi capai apa-apa tanda yang mereka sudah berjaya dalam kewangan.

Kalau kau tengok kat facebook, ramai juga yang suka menempel skrin shot tunjuk keadaan kewangan diaorang.

Kalau tanya kat diri korang, berapa lama masa yang kau ambil untuk pantau keadaan kewangan korang setiap minggu?

Adakah setiap jam?
Adakah setiap hari?
Adakah setiap 3 hari?
Adakah setiap 7 hari?

Ni apa yang aku baca dalam buku, ada penulis mencadangkan, kalau nak semak tahap kewangan ni, disyorkan supaya korang luangkan masa sekurang-kurangnya satu jam setiap minggu. Jangan buat kerja lain melainkan kau semak tahap kewangan semasa korang.

Mungkin ada yang akan jadi malu-malu kucing bila nak semak akaun sendiri sebab takut kot-kot keadaan kewangan yang disemak tu lebih teruk dari yang dijangkakan.

Aku sendiri pun agak berat nak semak kewangan sendiri. Tau-tau la, bila ada duit dalam tangan, macam-macam benda yang kita buat. Jadi, atas nasihat mereka yang pakar dalam kewangan, jika kau nak berjaya dalam kewangan peribadi, pastikan korang luangkan masa dan khaskan masa satu jam setiap minggu untuk semak kedudukan kewangan.

Kalau korang tak praktiskan ni, takut lambat laun, kau tak akan dapat capai apa-apa matlamat untuk jadi seorang yang bebas dari masalah kewangan!

Anda mungkin berminat

tips kewangan

Fikir Saja