Kawan Aku Melekat Kat Trak FRU - Bersih 2.0



Ini kawan aku masa trak FRU sibuk pancutkan water canon dalam perhimpunan bersih 2.0, dia sempat memanjat pulak. Masa demo ni, aku tak ada kat sini sebab aku buat seminar kat Kelantan. Disebabkan aku tak maleh nak terlibat dalam isu ni (sebab selama ni bukan ada pun kerajaan persekutuan tolong aku, apatah lagi kerajaan selangor), jadi baik aku dengar-dengar dari jauh je.

Tapi kesian juga dengan seorang peserta seminar aku ni, masa dia dalam berjalan dari Terengganu ke Kelantan, dia telah ditahan oleh polis pada jam 3.00 pagi, kemudian dibawa ke balai untuk disoal siasat.

Kawan ni dengan niat baik nak menuntut ilmu, polis pula ada yang tak boleh bertolak ansur dan ambil langkah tahan selama berjam-jam. Sudahnya, peserta ni masuk lambat ke seminar aku.

Satu lagi, seorang peserta ni alkisahnya, masa dia nak naik bas dari Terengganu ke Kelantan, habis semua penumpang dalam bas kena soal dengan polis dan mereka diminta untuk keluarkan kad pengenalan.

Aku yang dari perjalanan Subang Ke Kelantan, beberapa kali nampak dan berjumpa dengan sekatan polis, boleh dikatakan setiap negeri ada je roadblock.

Selama aku duduk kat Subang ni, dah lama rasanya polis (bukan polis traffik) yang uniform biru ni tak buat roadblock.

Masa di Kelantan, sepatutnya aku kena balik ke Selangor pada 9hb Julai, disebabkan laporan berita mengatakan traffik tengah jem giler, aku pun ambil keputusan stay semalam kat Gua Musang. Ni baru sampai kat rumah.

Herm. Aku tak nak cerita banyak, polis-polis yang buat blocking ni mesti dapat arahan dari pegawai atasan, pegawai atasan pula dapat arahan dari ketua poli negara, ketua polis negara pula mesti dapat arahan dari Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Menteri ni pula..... adalah sepupu kepada...... Jeng Jeng Jeng..

Video kat bawa ni adalah sedutan dari perhimpunan Bersih 2.0 pada 9hb Julai 2011. Mungkin gambaran ini tak ditunjukkan oleh TV3 atau RTM



Yang ini pula perhimpuan patriot di Bukit Bintang. Korang tengok la video ni.

Anda mungkin berminat

video terkini

Fikir Saja