Kerana Blog Badan Binasa

"Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Selasa, memperoleh ganti rugi sebanyak RM300,000 daripada seorang blogger, Azimudin Ahmat yang memfitnah beliau merogol pembantu rumahnya.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datin Zabariah Mohd Yusof juga memerintahkan agar Azimudin yang juga seorang ahli jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) membayar kos RM100,000 kepada Rais."

Pasal dok tulis isu pasal kontroversi mengaitkan menteri, seorang blogger yang merupakan ahli politik PKR, kena bayar ganti rugi kat Rais Yatim. Naya juga kalau tulis yang bukan-bukan kat blog, lebih-lebih lagi kalau tulis memang nak serang peribadi seseorang.

Kalau betul oklah, tapi kalau tak betul? Aduihh... Pasal tu kalau nak tulis ni agak-agak, biar berpada-pada. Kalau betul, tulis la betul-betul. Kalau salah, janganlah dok reka-reka cerita. Memang silap haribulan main naik turun mahkamah je la. Oohoho

Anda mungkin berminat

saman

Fikir Saja