Rio - Rio de Janeiro. Aku Suka Giler!

video

Best memang best tengok movie Rio ni. Korang dah tengok? Kalau belum, better pergi tengok movie ni. Lagi best dari Movie Ice Age. Movie ni dah keluar kat wayang bulan April hari tu. Aku try juga cari DVD kat eBay tak ada org jual lagi, yang aku jumpa org jual DVD game untuk Playstation 3. Jadi aku beli je kat kedai DVD.

Baru aku perasan kat Samsung Galaxy Tab aku memang dah download game Angry Bird versi RIO ni (Ye ke Barrack Obama main game ni?). Tak sangka pulak ada movie ni. Hah. Memang patut jadi koleksi movie kegemaran aku nampak gayanya. Balik je dari beli DVD semalam, terus pasang tengok kat tv. Anak aku si Zarra tu pun beriya tengok sama. Sekali, esoknya lepas mandi, dia minta pasang lagi movie ni. "Daddy, Zarra nak tengok bird. Nak tengok bird" Hah pulak. Bukan sekali je nak tengok, petang tu dibantainya suruh buka lagi. Kalau tak, meraung la dia.

Aku tulis topik ni pasal aku nak korang yang membaca pun ada rasa relief sket. Takkan nak baca topik yang berat-berat je kan? Kasi cuci la sket otak tu dengan perkara yang ringan, contoh macam humor atau benda yang boleh me-motivate-kan kita. So layan je la apa aku nak tulis ni. :D

Nanti, kalau kau jalan kat mana-mana dan terjumpa dvd movie RIO ni, aku syorkan korang beli. Beli jangan tak beli. Ceh, aku promote macam aku dapat royalti. Huh!

Apa pun, aku kagum dengan kreativiti produksi filem animasi ni. Kalau suruh aku bagi markah, aku akan taruk PERFECT TEN lah! Terbaik wok! Watak burung yang humor. Kumpulan kera yang kelakar dan si anjing yang berlagak cerdik tapi cute. Hahaha.

Kalau kau biasa tengok movie dari Studio 20th Century Fox, mesti korang tak akan bosan dan sanggup duduk tak berganjak. Kalau kau rasa nak terkencing time tu, mesti kau sanggup tahan untuk 1 jam lebih. Kisah pengembaraan binatang ni memang ada kisah motivasi selain daripada kau dihidangkan jenaka dari dialog dan aksi watak animasi ni.

Aku ambil satu contoh dalam cerita ni, si Blu, burung kakak tua warna biru ni masa kecil dah diseludup keluar dari Brazil, dibawa untuk dijual di luar negara. Tapi nasib dia baik sebab masa lori yang bawa burung-burung seludup (termasuk dia), dah ter-break emergency kat depan traffik light. Nak jadi cerita, satu kotak dah tercampak keluar. Dalam tu lah si Blu ni ada.

Suatu hari, Blu ni dibawa ke Brazil semula sebab nak dikahwin a.k.a mengawan dengan seekor burung yang se-spesis dengannya. Tapi lain lak hal nya. Partner Blu, si Jewel (watak burung kakak tua biru berjantina gadis suci) sibuk nak melarikan diri dari diexperimenkan. Bermula dari sini la episod culik burung->burung cuba lari->burung kena rantai->burung lari->Jumpa geng burung lain->Pergi party burung->Bergaduh dengan Kera->Jumpa Loius (si anjing)->Blu gaduh dengan Jewel->Jewel kena tangkap->Blu nak selamatkan Jewel->Blu kena tangkap dan.. korang kena tengok DVD ni la. Potong stim la kalau citer sampai habis. Hahaha.

Motivasi dari filem ni, jika kau tak pandai terbang, jangan la kau anggap selamanya kau tak boleh terbang. Kau kena ada keyakinan diri yang tinggi untuk pastikan kau boleh terbang. Jika kau simpan rasa takut, sampai bila-bila pun kau tak mampu nak terbang tinggi. Jadi, kalau kau anggap kau memang tak pandai buat bisnes kat internet, sampai bila-bila pun kau akan duduk tahap tu je.

Kalau kau tak percaya, cuba kau renung dalam diri kau sekarang. Tengok diri kau macam mana sekarang. Adakah kau dah cukup baik atau masih ada benda lagi yang perlu kau cari untuk jadikan diri kau seorang yang baik dan terbaik? Kau baca post aku ni. Kalau kau tak paham, kau ulang dan baca dan baca lagi sampai kau paham. Kau fikirkan diri kau. Aku tak nak tau apa yang kau cari sekarang. Tapi aku nak kau buat sesuatu supaya kau jumpa jalan untuk capai apa yang kau hajat dan tengah fikir sekarang.

Serius beb. Aku memang nak kau fikirkan. Jika kau berjaya dapat apa yang kau fikirkan tu, aku nak kau turunkan komen kat bawah ni, katakan kau dah berjaya. Taip mesej "Aku dah berjaya". Noktah.

Anda mungkin berminat

Thriller

Fikir Saja