Filem Karak Yang Tak Berapa Logik



Aku tengah tengok movie Karak ini. Mula-mula aku aspek cerita dia mesti menyeramkan, tetapi jangkaan aku meleset sebab hantu yang digambarkan tidak lah menyeram mana pun.

Yang aku pelik macam mana watak 3 orang yang telah kemalangan dan dijumpai mati (diakhir cerita ni) turut diberi fokus. Patutnya, fokus sahaja pada yang hidup sahaja.

Dalam movie ni watak lakonan Shahir AF8, Along Eyzendy dan Kilafairy telah disahkan mati, tetapi dalam movie ni dok tunjukkan bagaimana 3 watak ini diganggu hantu sedangkan mereka telah mati. Hantu ganggu orang yang sudah mati?

Eh..

Filem ni menyatakan ia adalah pengalaman benar dari mata saksi. Time bila agaknya ada saksi tengok si Kilafairy (dah mati) mandi kat perigi kemudian kena kacau hantu.

Kemudian waktu Shahir AF8 dan Along Eyzendy (dua-dua dah mati) lepak-lepak kat ruang tamu berlaku sedikit situasi tidak puashati antara Shahir AF8 dan Along Eyzendy (kan ke mereka dah mati), siapa pula jadi saksi?

Kalau penulis skrip ni cerita kisah lakonan Sheera Aiyob dan sentiasa fokus pada dia, aku rasa ok juga. Tapi itu lah movie, semua cerita adalah rekaan semata-mata.

Betul ke jalan lama Karak ni banyak simpan kisah menyeramkan?

Korang tengok je la cerita ni.

Anda mungkin berminat

shahir AF8

Fikir Saja